The Beauty of Turkey..part 1 (Bursa)

assalamualaikum..kali ini saya akan teruskan cerita sambungan dari Singapura haritu..kami berlepas dengan Turkish air dari Changi Airport Singapura ke istanbul Turki pada pukul 11.35mlm.perjalanan yg memakan masa lebih kurang 10jam itu memang sangat membosankan dan mengantuk.hehe.sesampainya kami disana 25feb12 pada pukul 6pagi (waktu turki yang lewat 6jam dari waktu tanahair ) cuaca yang amat sejuk memang sangat berbeza dgn cuaca di malaysia.sampaikan bercakap pon keluar asap.suhu disana lebih kurang 5′c.kami ziarah ke turki ni selama 4 hari 3 malam.Pasti terkejut, mana sempat nak jalan melihat bumi Allah yang bertuah ini dalam masa yang singkat begitu.

sewaktu sampai di Istanbul Ataturk Airport..masing2 sibuk mencari beg utk dibawa ke bas pelancong yg sedang menunggu kami diluar sana.

kami kemudian dibawa menaiki bas utk ke Bursa sejauh 240km dari bandar istanbul.perjalanan lebih kurang 3-4 jam dengan bas dan menaiki feri untuk merentasi selat Marmara.Sepanjang perjalanan mata kami disajikan dengan keindahan panorama kota istanbul.masyaallah, jika anda ke turki anda pasti akan melihat masjid dimana sahaja.dikatakan lebih kurang 17xx biji masjid semuanya.memang satu pemandangan yang menakjubkan.itulah turki yg terkenal dengan kerajaan islam osmaniah suatu ketika dulu.rakyat turki adalah 99.5% islam.sangat besar populasi islam dinegara ini.

berbalik kepada tempat persinggahan kami selama dua hari ni iaitu di Bursa.Bursa adalah kota keempat yg terbezar di Turki selepas Istanbul,Ankara,Izmir.ianya pernah menjadi ibukota kegemilangan kesultanan osmaniah suatu ketika dulu.terkenal dengan hasil sutera tempatan yang cantik dan kilang2 automotive yang banyak.

gambar sebelum menaiki feri.inilah selat Marmara yang memisahkan istanbul dengan bursa

feri yang membawa bas kami bersama melintasi selat ini.

pertama kali melihat salji memutih diatas bukit dengan mata ini.subhanallah sangat cantik sekali.diambil dari dlm bas semasa perjalanan ke Bursa

di kota bursa kami dibawa melawat ke grand mosque,green tomb,grand mosque dan silk market.kemudian kami dibawa ke hotel kervansaray lebih kurang 5ptg,badan pun da letih,semua orang perlukan rehat untuk aktiviti esoknya.pada malamnya aktiviti bebas,pada waktu inilah kami sekeluarga sempat berjalan disekitar kaki lima hotel sambil mencari kebab turki dan melihat2 bandar ini.


waktu pagi di kota bursa.suasana nyaman serta cuaca sejuk

sebahagian dari kami bergambar di hadapan hotel sebelum bergerak ke gunung uludag untuk bermain salji.

abah dan umi saya sempat bergambar dikaki gunung uludag sebelum menaiki cable car untuk ke atas sana.muka tahan sejuk.hehe

muka gembira dapat bermain salji.kali pertama orang katakan.hehe

sebahagian dari kami bergambar bersama

alhamdulillah dapat juga kami semua bermain dengan salji.orang turki tengok pelik je kami semua.haha.peduli apa orang nak kata janji kami semua gembira.

sebelum tu saya nak kenalkan seorang ni.dialah pemandu bas kami yang sempat saya berbual semasa semua orang sibuk tidur dibilik..hehe..banyak tentang kehidupan di turki ini yang saya tanya kepada beliau.dan beliau seorang yang jenis suka bercerita dan berbual tentang negaranya ini.
‘g├╝venli bir ┼čekilde tekrar bir araya’ @ selamat berjumpa kembali :)

insyaallah nanti saya akan update lagi gambar semasa di istanbul pula..nantikan kisah seterusnya..


Comments

comments