The Beauty of Turkey..part 3 (Istanbul)

salam..sambungan untuk entry lepas ‘istanbul part 2‘..

ok, balik kepada cerita lepas,abis je melawat muzium tersebut kami kemudian dibawa makan direstoran bersebelahan Blue Mosque.seperti biasa roti dan sup dihidangkan dahulu sebagai pembuka cerita barulah nasi seperti pulut pula dihidangkan.Bab makan kat sini takleh memilih sangat sebabnya semua adalah tanggungan travel agent kami seperti yang dijanjikan.jadi nak taknak ni je la yang kena makan melainkan beli sendiri untuk menu lain.

kemudian kami dibawa ke Blue Mosque@nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmad.ia dipanggil masjid biru kerana ruang dalamnya dihiasi jubin berwarna biru dengan ukiran yang amat cantik.dibina pada tahun 16XX.Ditengah2nya terdapat ruang legar kosong dan kubur(sy tak pasti kubur siapa).Masjid ini sekarang menjadi tarikan utama pelancong jika berkunjung ke istanbul.

habis je melawat masjid ni kami kemudian pulang ke hotel.waktu ini badan takyah cakap memang dah takde stamina dah.dengan cuaca sejuk membeku,sampaikan ada dari rombongan kami yang nak demam.

Pada malamnya aktiviti sendiri.masa ni la sy sempat melayari internet menggunakan wifi hotel untukĀ  membalas email2 dan melihat apa yang terjadi ditanah air sana.saya juga sempat cek cuaca istanbul untuk hari esok.ingatkan cuaca makin elok,rupanya makin buruk kerana salji kebarangkalian akan turun.jawabnya esok kena pakai tebal2 lagi la.hehe

keesokannya pagi2 bangun buka tingkap memang betul apa yang kaji cuaca bagitahu.salji mulai turun.Harini hari terakhir kami di Turki,malam ni pesawat akan membawa kami terus ke madinah.Semua barang2 telah dipack dan dibawa turun ke lobi.Selesai makan pagi dihotel, kami sekeluarga berjalan disekitar kaki lima hotel melihat kedai2 untuk beli belah sikit apa yang patut sementara menunggu bas pelancong datang mengambil kami semua untuk dibawa ke Grand Bazaar dan mengelilingi bandar istanbul.

Tapi alhamdulillah salji tak turun terus,turun kejap pastu berhenti.kalau tak memang lawatan kami untuk harini mungkin akan tergendala lagi.bas kami sudah siap sedia menunggu didepan hotel.kami kemudian dibawa terus ke Grand Bazaar(GB).rupa2nya GB ni tak jauh dari tempat lawatan semalam.sekali lagi kami melalui jalan untuk ke muzium dan masjid biru.cuaca pon nampaknya semakin elok.

Nak cerita sikit pasal Grand Bazaar ni,ia adalah salah salah satu bazar berbumbung yang terbesar dan tertua di dunia,didalamnya terdapat lebih 4000 kedai.bayangkan betapa banyaknya kedai didalam satu bangunan besar yang hanya satu tingkat.ia dibuka pada tahun 1461.Terkenal dengan barangan kulit,intan-berliannya, seni tembikar, rempah, dan kedai permaidani.di dalam GB ni ia dikelompokkan kepada beberapa bahagian mengikut jenis barang dagangan.

Kami berpecah dan diberi masa sejam setengah untuk membeli belah di kawasan sekitar.takut juga nak pergi jauh2 sebab nanti tak jumpa pula pintu keluar.

lepas habis menghabiskan duit kat GB tadi.kami kemudian dibawa mengelilingi kota istanbul ini dengan bas.dan seperti biasa habis je satu2 tempat yang disinggah kami kemudian dibawa ke restoran untuk makan.memang kalau dok sebulan sini jawabnye gemuk2 la kami semua..haha..

Pada malamnya pukul 10 mlm pesawat kami berlepas dari lapangan terbang ataturk istanbul terus ke Madinah..
nak tahu cerita dan gambar dari saya kat sana pula?insyaallah saya akan terus berkongsi untuk entry akan datang :)


Comments

comments